Monday, August 1, 2011
~❤~Ramadhan Datang Lagi~❤~
Ne tahun kedua sy berpuasa d perantauan orang. Tahun pertama 2010 sgt2 sedey. Setiap kali tgok program Bazaar Ramadhan, sedey je tak dpt pergi. Hidup d pertengahan penduduk yang bukan Islam...Barang2 pun beli banyak tuk djadikan stok. Kalu da habes, makanan dalam tin la hidangannya.
Now, da masuk tahun kedua berpuasa di sini. Hari pertama ne rasa penat sgt. Duty warden lagi. Naseb baek jadual mgajar 2 wktu je. Tp esok, 7 waktu...Semoga esok puasa lebey bertenaga lagi. Hari ne, juadah kami masak lemak siput sedut dan kepah masak bersambal. Esok, my turn masak. Ingat nak masak gulai kari kambing dan sayur goreng oyster. Da ada kari, wajib sambal belacan..Hope mesyuarat post moterm Kem Bersepadu abes cepat. Dpt la sy masak dgn tenang. Dan yang penting bekalan air tidak putus2 mcm tadi. Seksa toi memasak tanpa air. Huk3. Apa yang penting, sy berjaya habeskan puasa ari ne wpun cabaran cuaca yang panas membahang. Esok puasa lagi dan lagi...Selamat berpuasa.
Saturday, July 30, 2011
~❤Panggilan Kursus Pemantapan PedagOgi dlm P&P ❤~
Tarikh: 27 -29 julai 2011 (Rabu - Jumaat)
Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri
Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti dalam P&P) untuk guru Sains dan Matematik Sek Men bertujuan bagi memenuhi keperluan dalam usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI) Tahun 2011.
Bersama my partner, Pn Evelyn Edmund kami bertolak dari Long San ke Mirikira-kira jam 8.00 pagi. Seperti biasa, saya still muntah2. 2 plastik beg dipenuhi. Sungguh terseksa..huk3..Kira-kira jam 1 lebey kami pun sampai.
Sepanjang kursus tersebut, kami telah didedahkan mengenai kekreativitian seorang guru. yang penting kami didedahkan bagaiman membuat rancangan mengajar yang menggunakan 4 fasa iaitu Persediaan, Imaginasi, Perkembangan dan Tindakan. 4 fasa ini perlu diterapkan dalam 5 model P &P iaitu Konstruktivisme, Inkuiri Penemuan, Pemelajaran Berasaskan Masalah, Membuat Keputusan dan Pembelajaran Berasaskan Projek.
Tugasan yang diberikan kepada group sy ialah mengenai Konstruktivisme. Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru . Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Kami memilih topik Kejadian Anak Kembar subtopik bagi Bab 3 dalam Sains Tingkatan 4. Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Kami memilih topik Kejadian Anak Kembar subtopik bagi Bab 3 dalam Sains Tingkatan 4. Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Friday, July 29, 2011
~❤ Saya kembali bErbLOg v(^^,) ❤~
Tetiba rasa ingin kembali semulake arena blog. May be, banyak benda yang ingin dikongsikan. dan tuk pendOkumentasian kehiduPan ini. Selamat kembali Hasra ke arEna BLOG...AKan sY cOretkan dan laKarkan pjalanan iDup duLu, kini dan mendatang...
Subscribe to:
Posts (Atom)

