Saturday, July 30, 2011

~❤Panggilan Kursus Pemantapan PedagOgi dlm P&P ❤~

Tarikh: 27 -29 julai 2011 (Rabu - Jumaat)
Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri

Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti dalam P&P) untuk guru Sains dan Matematik Sek Men bertujuan bagi memenuhi keperluan dalam usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI) Tahun 2011. 
 Bersama my partner, Pn Evelyn Edmund kami bertolak dari Long San ke Mirikira-kira jam 8.00 pagi. Seperti biasa, saya still muntah2. 2 plastik beg dipenuhi. Sungguh terseksa..huk3..Kira-kira jam 1 lebey kami pun sampai. 
 Sepanjang kursus tersebut, kami telah didedahkan mengenai kekreativitian seorang guru. yang penting kami didedahkan bagaiman membuat rancangan mengajar yang menggunakan 4 fasa iaitu Persediaan, Imaginasi, Perkembangan dan Tindakan. 4 fasa ini perlu diterapkan dalam 5 model P &P iaitu Konstruktivisme, Inkuiri Penemuan, Pemelajaran Berasaskan Masalah, Membuat Keputusan dan Pembelajaran Berasaskan Projek. 
Tugasan yang diberikan kepada group sy ialah mengenai Konstruktivisme. Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru . Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Kami memilih topik Kejadian Anak Kembar subtopik bagi Bab 3 dalam Sains Tingkatan 4. Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


No comments:

Post a Comment